Risiko Pelaburan Silver



Salam Semua

Hari nie aku just nak kongsi beberapa risiko yang perlu hadapi jika nak melabur dalam silver nie

1. Susah nak cairkan

Ini lah satu jawapan aku dapat bila aku cerita pasal silver. Yes memang benar silver nie susah nak di cairkan jika tidak tahu tempat yang  boleh cair kan. Cairkan bermaksud " Jual". Tidak macam emas. Anda boleh jual dimana2 dgn kepada sesiapa sahaja. sure ada yang beli.. itu la kelebihan Emas. But bagi aku Silver juga bukan susah nak di jual. Cuma anda kena tahu di mana tempat yang senang anak nak jualkan.

- Paling famous sekrang di FB. anda boleh join mana2 group yang menjual silver nie.. paling top SLS. macam silver ada jual di dalam group tu.. kadang2 harga lebih murah dari pasaran. and kelebihan jual dalam FB nie.. is peluang terjual tersangat cerah kerana ahli yang ramai dalam group ini. Tak caya cuba try jual 100g silver PG. pastu kasi harga we BUY ke or lebih sikit, sure berebut nak beli

- Jual Kembali kepada company. Jika anda beli Silver dari Company2 kat Malaysia nie.. anda boleh jual balik dgn harga WE BUY. Company malaysia yang famous PG, TNT, GSR and GCP. cuma kekurangan nye. x leh jual mlm sebab company tutup. and anda x leh nak up or nego harga sebab company hanya jual ikut harga WE BUY. so jual la.. di FB he..he..he..

- Jual Kepada Agent Company. Ini pun salah satu cara yang paling cepat untuk cairkan Silver anda. Tetapi Kekurangan ialah agent akan membeli mengikut harga WE BUY. Tetapi kelebihan anda boleh jual bila tak kira siang or malam janji agent available. Terfikir tak kenapa agent sanggup beli silver dari anda. Kerana keuntungan yang mereka dapat.

contoh anda mahu menjual 1000g Silver PG
harga we BUY = RM3700 and harga we SELL =RM4000. So agent akan beli silver anda dgn harga we BUY=RM3700. lepas tu agent akan buat apa..?? sure agent akan cari buyer yang nak beli Silver 100g tu. Katakan ada pembeli senang2 agent akan dapat keuntungan atas angin =RM300. Sudah  nampak. he.he.he.
Malah agent boleh kasi diskaun lagi.. Katakan agent kasi diskaun RM50. So mesti pembeli akan beli sebab jika pembeli beli dgn company harga RM4000 tetapi dgn diskaum RM50 sure pembeli tu sanggup beli dgn agent tersebut..

2. Company Bungkus..
Terbayang tak kalau company yang korang beli silver tu bungkus@tutup@bankrap. Mana anda nak jual silver anda tu.. ha..ha.. ha but kalu emas mana2 boleh jual. Tetapi pada pendapat aku. jika satu hari nnt harga silver mencacak naik hingga USD200 1 ounce aku rasa masa tu semua akan cari silver.. and masa tu tak susah nak jual silver kerana silver berharga di mata orang ramai.. Bila silver nak naik harga nie.. maybe 10-20 tahun akan datang..... tunggu je la..

3. Fake Silver
Ini lagi satu risiko korang kena hadapi.. Aku rasa x ada alat yang boleh check silver tu tulen ke tak... Kalu emas boleh guna penimbang yang boleh ukur karat and asid yang boleh tentukan ketulenan emas tersebut. But silver .. ehmm.. susah. kot anda sanggup nak patahkan silver anda semata2 untuk check ketulenan kan.. pastu bila patah nak jual kat company blk pun kena tolak harga.. dah rugi kat situ...

so itu la.. sikit tentang risiko nak melabur dalam silver nie.. anda perlu tahu setiap pelaburan ada risiko..

1 comment:

  1. Zaman dulu guna matawang emas dan silver saja. Dinar n dirham alat cheak ada semasa saya kerja kilang dulu. Machine dah berzaman saya lihat dia guna liquid nitrogen. Semua jenis logam boleh. Au itu emas, Ag itu perak. Machine itu lebih dah 40thn buatan German.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...